Tuesday, September 21, 2010

MENJUNJUNG SENI WARISAN BANGSA DALAM DUNIA PERSILATAN..

Di dalam arus zaman modenisasi ini, warisan kebudayaan orang melayu semakin ditinggalkan kerana generasi sekarang lebih cenderung ke arah kebudayaan bangsa lain, sebagai contoh seni beladiri. Ramai generasi muda sekarang lebih berminat belajar seni beladiri yang lain seperti karate,tae kwan do,judo,silamban dan lain-lain. Ini kerana mereka beranggapan bahawa seni beladiri ini lebih bersesuai dengan cara hidup zaman kini, ada juga beranggap bahawa pada zaman sekarang tidak perlu lagi belajar seni beladiri kerana ada senjata yg lebih canggih untuk melindungi diri.Tetapi kita perlu ingat bahawa tidak semua orang boleh memilikinya. Salah satu warisan kebudayaan orang melayu ialah silat.


Tidak siapa yang dapat menafikan Seni Silat Melayu adalah ilmu bela diri yang menjadi hak asli kepunyaan Melayu (Rujuk Quitin Chambers dan Donn F. Draeger, Javanese Silat, The Fighting Art of Perisai Diri).

Masyarakat Malaysia dan Indonesia mendefinisikan silat sebagai 'teknik membela diri dalam pergaduhan dan pertarungan. Oleh itu, orang yang pandai bersilat bermaksud pandai membela diri dalam pergaduhan menggunakan teknik bela diri.

Donn F. Draeger berkata, silat sama ada latihan persendirian yang bebas daripada segi gerakan jasmani ataupun pertarungan dengan musuh.

Menurut Ku Ahmad Ku Mustafa dan Wong Kiew Kit pula, silat ialah satu siri gerakan jasmani untuk menyerang dan mengelak dengan lemah lembut sifatnya. Selain gerakan ini, seseorang itu juga melakukan serangan kepada musuhnya selain daripada membela diri.

Silat kaya dengan tipu muslihat dalam usaha mencapai kemenangan. Tipu muslihat ini selalu tersembunyi dalam gerakan dan kedudukan pesilat. Musuh yang leka akan melihat pesilat seperti menari, lemah dan alpa. Gerakan ini jelas dihuraikan oleh Draeger,

"Such a ruse is called a weak counterpart position and is on deceptive stances and movements. This weakness is always demonstrated openly and deliberately… It is all decoy, a lure to bring the enemy into a blind attack… By such misjudgement… the attacker leaves holes in his defense and is subject to prompt and efficient counter-attack."

Tipu muslihat dalam Kamus Dewan bermaksud elak (atau ilat mengikut loghat bahasa di sebelah utara Malaysia Barat). Penulis yakin perkataan silat mungkin berasal daripada perkataan 'si elat' atau 'si ilat' (orang yang pandai tipu muslihat). Ia sama dengan perkataan pendekar yang berasal daripada 'pandai akal.' 

No comments:

Post a Comment