Saturday, September 25, 2010




Gratisan Musik

Tuesday, September 21, 2010

ASAL USUL DAN KEJADIAN SILAT

Ramai ahli sejarahwan mengkaji asal usul terciptanya silat, namun sehingga sekarang tiada bukti kukuh mengenai asal usul silat tetapi banyak cerita dan mitos mengenainya. Antaranya ialah:


Asal-usul Pertama
Salah satu daripada asal usul silat dipercayai berasal dari sebuah perkampungan di Sumatera. Menurut lagenda, seorang suri rumah pergi ke anak sungai bagi mengambil air. Semasa berada di anak sungai itu, beliau ternampak seekor harimau bertarung dengan seekor harimau besar. Pertarungan diceritakan cukup hebat dan berlangsung lama. Dalam pertarungan itu, tidak ada pihak yang menang sebaliknya kedua-dua haiwan itu mati.

Selepas menyaksikan peristiwa luar biasa itu, beliau terus mencedok air lalu pulang. Apabila beliau sampai di rumah, suaminya menunggu dan menyangka beliau melakukan perbuatan curang. Akibat cemburu, berlakulah pertengkaran dan diikuti pergaduhan. Si suami cuba memukul isterinya tetapi isterinya dapat mengelak dan menangkis segala pukulan suaminya. Melihat kelincahan isterinya yang luar biasa itu, si suami berasa hairan dan kagum dengan kemampuan isterinya membela diri.

Si suami menghentikan pergaduhan. Dia bertanya kepada isteri, daripada siapa beliau mempelajari ilmu itu? Isteri menjawab, beliau mendapat ilmu bela diri ini daripada pertarungan harimau dengan burung besar di anak sungai tadi.Si suami tertarik mendengar cerita itu lalu meminta isterinya mengajarnya segala teknik yang beliau peroleh.

Dengan berpandukan gaya tempur kedua binatang tadi, suami menyusun dan mengolah sehingga menjadi teknik bela diri yang disegani iaitu silat.

Asal-usul Kedua
Pendapat yang mendakwa silat bermula daripada wanita disokong oleh pendekar bernama Che Mud bin Che Man (meninggal dunia pada 25 Disember 1982). Namun, beliau menceritakan asal usul silat daripada wanita dari sudut yang berlainan.Pada suatu senja dalam perkampungan Melayu, ada seorang suri rumah yang sedang menjunjung bakul berisi makanan dalam perjalanan menuju ke rumahnya. Tiba-tiba, datang beberapa ekor burung cuba mencuri makanan yang dibawanya.

Dalam pergelutan itu, beliau cepat mengalih bakulnya ke kiri, ke kanan, ke atas dan ke bawah sambil tangannya menepis serangan burung itu. Selain itu kakinya turut bermain tapak bagi mengimbangi dirinya sambil menepis dan menyerang burung-burung itu. Pergelutan itu berlangsung lama sehingga beliau itu terbiasa dengan gerakan-gerakan serta-merta. Akhirnya pergelutan itu berakhir namun makanan yang dibawanya hancur dan rosak.

Apabila beliau sampai ke rumah, beliau dimarahi suami kerana lambat dan makanan yang dibawa untuknya juga rosak. Isterinya cuba menerangkan kepada suami namun si suami enggan mendengar lalu cuba memukulnya. Oleh kerana terbiasa dengan gerakan membela tadi, isterinya dengan mudah mengelak dan menepis semua serangan yang dilancarkan oleh suaminya. Melihat kelincahan isterinya, si suami menghentikan pergaduhan lalu bertanya mengenai asal membela diri isterinya. Isterinya pun menceritakan peristiwa burung-burung tadi. Oleh kerana tertarik hati, si suami mempelajari teknik bela diri itu sehingga mahir. Melalui suami, ia berkembang ke beberapa kampung dan daerah sehingga menjadi silat.

Asal-usul KetigaSebahagian pula berpendapat silat bermula daripada lelaki. Pada zaman dahulu, ada seorang pemuda ternampak sekuntum bunga terjatuh dalam sungai yang mengalir deras menghala ke air terjun. Pada fikiran pemuda itu, sudah pasti bunga itu hancur dihempas air dari tempat yang tinggi. Namun jangkaannya meleset. Bunga itu masih cantik seperti asal dan membelok ke kiri dan ke kanan mengikut arus. Setiap kali bunga itu menghampiri batu, ia akan berbalik kerana pantulan air yang berarus songsang.

Daripada peristiwa itu, pemuda itu mempraktikkan teknik-teknik beladiri mengikut gaya sekuntum bunga tadi. Berdasarkan kajian, susunan dan keberkesanan beladiri beliau mengembangkan silat.

Asal-usul KeempatAsal-usul keempat ada kaitannya dengan asal-usul ketiga dan diperincikan lagi dalam buku Silat Melayu karangan Ku Ahmad Ku Mustafa dan Wong Kiew Kit. Menurut mereka, kelahiran silat berlaku pada abad ke-13. Tiga adik beradik bernama Burhanuddin, Shamsuddin dan Aminuddin mengembara ke utara Semenanjung bagi mempelajari agama Buddha. Mereka bertiga menuntut dengan sami yang tinggal di hutan (dipercayai di Thailand).

Suatu pagi, Aminuddin merayau-rayau di tepi danau berdekatan air terjun. Beliau ternampak sekuntum bunga terjatuh ke dalam air terjun lalu dibawa arus arus. Namun, bunga itu tetap dalam tidak terjejas atau rosak. Bunga itu melambung-lambung mengikut arus tanpa terhempas ke batu ataupun dihempas air deras. Daripada pemerhatian itu, beliau mencipta seni beladiri yang lemah-lembut, menyerap hentakan lawan dan melepaskan diri daripada kepungan lawan. Sistem yang diperkenalkan oleh Aminuddin inilah dikenali sebagai silat.



NATIJAHNYA..


walaupun terdapat banyak cerita dan versi namun Kerana setiap versi masih kabur dan ada kelemahan yang boleh dipertikaikan. Walau bagaimanapun penulis percaya silat itu tetap berasal daripada SATU yang tidak ada siapa yang tahu mengenai kewujudannya dengan tepat. Cuma apa yang dapat disuaikan dalam versi-versi ini adalah silat mempunyai kaitan yang rapat antara wanita dan bunga. Wanita digambarkan dengan pergerakan yang lemah-lembut, memukau dan tanpa sedar ia mempunyai 'senjata' (mungkin pujuk rayu, air mata dan sebagainya mengikut kelemahan lawan. Wanita yang bijak adalah wanita yang mampu memperdayakan lawannya tanpa merosakkan dirinya) yang mampu melemahkan musuh. Bunga juga cukup sinonim dengan wanita. Kelopaknya cukup lembut tetapi apabila menghadapi asakan luar, ia mudah menyerap hentakan dan mengelakkannya daripada dimusnahkan. Jelas ia menggambarkan silat mempunyai nilai estetika dan unsur strategi yang tinggi.


MENJUNJUNG SENI WARISAN BANGSA DALAM DUNIA PERSILATAN..

Di dalam arus zaman modenisasi ini, warisan kebudayaan orang melayu semakin ditinggalkan kerana generasi sekarang lebih cenderung ke arah kebudayaan bangsa lain, sebagai contoh seni beladiri. Ramai generasi muda sekarang lebih berminat belajar seni beladiri yang lain seperti karate,tae kwan do,judo,silamban dan lain-lain. Ini kerana mereka beranggapan bahawa seni beladiri ini lebih bersesuai dengan cara hidup zaman kini, ada juga beranggap bahawa pada zaman sekarang tidak perlu lagi belajar seni beladiri kerana ada senjata yg lebih canggih untuk melindungi diri.Tetapi kita perlu ingat bahawa tidak semua orang boleh memilikinya. Salah satu warisan kebudayaan orang melayu ialah silat.


Tidak siapa yang dapat menafikan Seni Silat Melayu adalah ilmu bela diri yang menjadi hak asli kepunyaan Melayu (Rujuk Quitin Chambers dan Donn F. Draeger, Javanese Silat, The Fighting Art of Perisai Diri).

Masyarakat Malaysia dan Indonesia mendefinisikan silat sebagai 'teknik membela diri dalam pergaduhan dan pertarungan. Oleh itu, orang yang pandai bersilat bermaksud pandai membela diri dalam pergaduhan menggunakan teknik bela diri.

Donn F. Draeger berkata, silat sama ada latihan persendirian yang bebas daripada segi gerakan jasmani ataupun pertarungan dengan musuh.

Menurut Ku Ahmad Ku Mustafa dan Wong Kiew Kit pula, silat ialah satu siri gerakan jasmani untuk menyerang dan mengelak dengan lemah lembut sifatnya. Selain gerakan ini, seseorang itu juga melakukan serangan kepada musuhnya selain daripada membela diri.

Silat kaya dengan tipu muslihat dalam usaha mencapai kemenangan. Tipu muslihat ini selalu tersembunyi dalam gerakan dan kedudukan pesilat. Musuh yang leka akan melihat pesilat seperti menari, lemah dan alpa. Gerakan ini jelas dihuraikan oleh Draeger,

"Such a ruse is called a weak counterpart position and is on deceptive stances and movements. This weakness is always demonstrated openly and deliberately… It is all decoy, a lure to bring the enemy into a blind attack… By such misjudgement… the attacker leaves holes in his defense and is subject to prompt and efficient counter-attack."

Tipu muslihat dalam Kamus Dewan bermaksud elak (atau ilat mengikut loghat bahasa di sebelah utara Malaysia Barat). Penulis yakin perkataan silat mungkin berasal daripada perkataan 'si elat' atau 'si ilat' (orang yang pandai tipu muslihat). Ia sama dengan perkataan pendekar yang berasal daripada 'pandai akal.' 

Friday, July 9, 2010

Geng animation student mei 09/10 at KOLEJ YAYASAN MELAKA INTERNATIONAL....


Pejam, celik, pejam, celik..... sedar tak sedar akhir sudah setahun lebih sambung belajar kat ipt selepas tamat zaman persekolahan pada 2 tahun lepas. Selepas semua kawan2 dan saya dapat result SPM masing2...kami pun memulakan perjalanan episod hidup baru dimana kami mula berdikari dan menyambung pelajaran jauh dari kampung halaman untuk menimba pengalaman yang sangat berharga untuk di ingati pada suatu hari nanti..setelah berfikir panjang..akhirnya saya memilih untuk menceburi dalam bidang Animasi di KOLEJ YAYASAN MELAKA INTERNATIONAL!





















































































































kalau kat kelas time lecturer xde..macam nie la kami.webcam laptop jadi mangsa!.hahahha































































































msc creatif indusrty dialogue n workshop 2010

Wednesday, June 23, 2010

keliru dan pening?

pada pendapat anda, kalau ada seorang jejaka atau gadis yang meluahkan perasaannya kepada anda tetapi anda menolaknya dengan sebab anda tidak terbuka hati untuk bercinta dan merasa tidak sesuai untuk bercinta pada waktu sekarang....adakah ianya sesuatu perbuatan yang kejam terhadap individu tersebut?. Ramai yang beranggapan yang bahawa terlalu memilih atau terlau mengikut emosi diri semata-mata tetapi mereka tidak memahami apa yang tersimpan didalam hati...ataupun mungkin benar bahawa kita perlu mengalah dengan perasaan kita sendiri...atau ada pilihan lain yang terbaik untuk kita??

Monday, January 11, 2010

Akhirnya aq sudah melewati tahun 2010!!!! lagi setahun aq akan berumur 20 tahun....jika di kenang semula peristiwa pada tahun sebelum ini banyak pengajaran yg dapat untuk memantangkan hidup ini.....kehidupan semasa kanak-kanak adalah saat yang paling manis!!! kerana pada masa itu kita x tahu ape itu kepura-puraan..